Soalan: Program Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan untuk melatih golongan remaja menjadi warga negara yang berguna. Anda ingin menyatakan sokongan terhadap.
Di samping itu, pihak kerajaan juga harus menangani masalah teknikal seperti terdapat remaja yang mengingkari program latihan tersebut. Sehingga kini, tidak kurang daripada 4300 remaja yang tidak melapor diri untuk mengikuti program tersebut. Pihak kerajaan terpaksa berusaha mengesan dan mendakwa mereka di mahkamah. Hal ini membazirkan masa dan kos. Sebaiknya duit tersebut digunakan untuk kepentingan rakyat. Bahkan, terdapat juga sesetengah ibu bapa yang kurang memahami hasrat murni pihak kerajaan ini.
Cd Driver Hewlett Packard Plus Writers on this page. Sebaliknya, mereka hanya memandang remeh Program Khidmat Negara yang pihak kerajaan anjurkan ini.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilancarkan oleh pada 16 Februari 2004. Program ini merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara lain kerana program ini menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi. Program yang dilaksanakan ini sebenarnya banyak mendatangkan kebaikan walaupun terdengar suara-suara yang meragui keberkesanannya. (APA) Melalui PLKN remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini.
(MENGAPA) Hai ini disebabkan oleh perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Sesetengah daripada mereka pula langsung tidak mengetahui nama kementerian dalam kerajaan. (BAGAIMANA) Jadi, PLKN dilancarkan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta melalui modul kenegaraan yang didedahkan. (BUKTI) Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), sebanyak 82 peratus remaja memiliki semangat patriotisme yang tinggi selepas tamat menjalani kem PLKN. (KESIMPULAN) Hal ini membuktikan PLKN mampu membina remaja yang memiliki semangat patrotisme yang tinggi, sekaligus melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan, kedaulatan negara dan cabaran dari dalam dan dari luar negara.
(APA) PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. (MENGAPA) Walaupun terdapat segelintir pihak yang memperlekeh usaha kerajaan ini namun terdapat juga ibu bapa yang menerima baik program tersebut kerana percaya bahawa PLKN menjadi titik peralihan yang penting dalam membentuk disiplin anak-anak mereka.
(BAGAIMANA) Hal ini dikatakan demikian kerana masa lapang peserta selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan dapat mendisiplinkan diri peserta dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental dan fizikal. Download Most Security Off Patch Volvo S60. (BUKTI) Majoriti bekas pelatih telah menunjukkan perubahan sahsiah yang membina seperti lebih bertanggungjawab terhadap keluarga, berfikiran positif dan mempunyai hala tuju yang jelas.